Sehari bersama Jolicloud Pre-Beta




Apa itu Jolicloud?

Jolicloud ni adelah satu OS (operating system)  berasaskan internet yang dibangunkan dengan tema "Organic Laptop". Idea asal Tariq Krim ialah, Jolicloud akan menggantikan OS yang yang memerlukan aplikasi berbayar kepada aplikasi web yang percuma.


Homescreen Jolicloud daku :)






Alpha release dan Pre-Beta release

Belom pon terer gune Jolicloud Alpha 2C realease, dah pulak kua Jolicloud Pre-Beta. Hahah.. Bezanye mase Jolicloud Pre-Beta ni, die da ade versi express-installer. Kalau mase gune Jolicloud Alpha, cume run gne USB key jek. Tak install kat HDD langsung. Dalam Jolicloud Pre-Beta ni plak, dah ade express installer yang membolehkan pemasangan Jolicloud lebih mudah secare side-by-side dengan Windows. Ini bermakna, netbook akan dual boot samada Windows atau Jolicloud.


Proses memasang Jolicloud Pre-Beta dari Windows XP

Penggune Jolicloud Pre-Beta boleh uninstall Jolicloud ni direct dari windows control panel! Hebat kan? Tu bukan Beta lg. Baru Pre-Beta jek. Lagi pulak kalau Full. Fuh fuh. Tak sabar rasenye nak gune Jolicloud Full release. satu pengalaman yang memang semua penggune netbook perlu rase.



MyJolicloud. One click install.

Sedikit info best tentang Jolicloud :
  1. Dibina khas untuk pengguna netbook yang mana kehidupannya banyak menggunakan internet
  2. Dibina berasaskan kernel Linux
  3. Sudah tentunye percuma :)
  4. UI (User Interface) Jolicloud ni memang sangat comel. Dari loading OS, login screen, sampai la shutting down. Semuanye kompom menarik.
  5. Aplikasi yang nak korang gune sangat mudah untuk dipasang. Cume login kat 'My Jolicloud'. Tengok kat tab 'application'. kat situ ade banyak applikasi yang korang leh install jengan sekali klik jek. Diorang ni selalu update application list diorang. Jadi, jangan risau. Korang mesti gembira seperti berada di awanan (cloud). Name pon Jolicloud. :) (rujuk gambar kat atas)
  6. Lagi best dari Chrome OS :) serius beb!!
  7. Support banyak netbook yang ade kat pasaran dan korang boleh check senarainye kat sini
  8. Zero problem (buat mase ni la)
p/s: Sepanjang sehari (24jam) bersama Jolicloud Pre-Beta, ape yang aku harapkan cume semoge cepat la keluar Jolicloud full. Tak saba uh. Buat mase ni aku dah run Jolicloud ni kat netbook Acer Aspire One A0751h dan Compaq C767TU. Semua berjalan dengan lancar beb! Jadi ape lagi? Jom download Jolicloud Pre-Beta.
 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook