Tips Berblog #1



Sepanjang aku berblog, dah banyak jenis blog aku jumpe. macam-macam gaye. Jadi kat sini aku nak kongsikan sikit beberape tips yang aku rase bagus untuk semue blogger tau untuk menjadikan blog lg menarik dari pandangan pembace. Mungkin bukan yang terbaik, tapi ape salahnye kongsi sikit ilmu. Make inilah hasilnye :

5 tips mudah untuk menjadikan blog anda salah satu blog yang mudah untuk dibace :



1. Autoplay music
Bagi blogger-blogger kat luar sane, mungkin muzik dalam blog korang sangat kool. Tapi korang yang berblog untuk tujuan bacaan orang lain perlulah ingat bahawe bukan sume pembace suke muzik yang korang dengar sambil diorang bace post korang. Jadi sebagai pnyelesaian set " autoplay=off ". senang kan? kalau dorang nak dengar pandai-pandai la dowang klik kat play tu.

2. Perkataan bergaris
Ni satu lg kesilapan yang agak biase kite lihat. tulisan bergaris (underlined text) secare umumnye adelah salah satu link yang boleh dilklik atau satu tajuk. Jadi elakkan penggunaan perkataan bergaris yang tak bermakna. Kalau pon korang nak highlight ayat tu gunekan la BOLD camni. Lagi elok, dan pembace pon tak keliru.

3. Tajuk yang bermakna
Tajuk pulak biarla yang membawa maksud tentang post yang korang buat tu. jangan plak tajuk post korang 'pandu laju membawa maut', tapi cite dalam tu pasal korang bawak moto tibe-tibe tayar pancit. takde kne mengene langsung kan. Tajuk yang baik gak salah satu care nak tarik perhatian pembace.

4. Header dipautkan ke laman utama (home)
Dalam blog, biasekan 'header' (samade gambar atau teks) dipautkan ke 'home'. ade blog yang xde pautan 'home'. Jadi kebiasaannye memang 'header' akan jadi pautan ke 'home'.

5. 'F flow'
Dalam pergerakan mata pembace, kebanyakkannye akan membace blog dalam flow berbentuk 'F'. Ini bermakne pembace akan lebih tertumpu pada info yang beada di atas, tengah dan kiri blog. Jadi susunlah 'flow' blog korang ikut prinsip 'F Flow' ni.

Ha. Ni 5 dulu tips. Try test la ikut ye. Nanti ade lagi yang insyallah bergune untuk korang :)
 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook