Aku Dah.. Korang Bila Lagi?

borang_header
Korang semua dah? Maksud aku daftar mengundi. Tak kan belum lagi kot. Daftar Facebook boleh, tak kan la daftar mengundi tak boleh :P Tak kan asyik berdebat kencang je kat internet mahupun kedai kopi semata – mata nak menyokong parti pilihan korang, tapi bila tiba masa mengundi korang duduk rumah tengok TV jek.




daftar Dulu mase Pilihan Raya Umum ke – 12 (PRU 12) Tahun 2008, aku tak dapat mengundi sebab tak cukup umur lagi untuk mendaftar. Jadi kali ni dah ade masa terluang sikit, kebetulan pulak masa aku daftar tu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah buat kempen mendaftar pengundi kat The Summit, Batu Pahat. Kejap je pon proses daftar mengundi nih. Aku cume lepak kat booth SPR tu dalam 5 minit je kot, pastu dah siap. Aku cume bagi kad pengenalan je, lepas tu pegawai SPR tu yang isikan borang tu. Tinggal tandatangan jela :) Dah senang sangat la tu. Lepas tu dalam masa paling awal, 4 bulan baru boleh semak pendaftaran tu dah diterima atau tak kat SPR online. 4 bulan tu weh. Tak kan korang nak daftar last – last minute. Confirm tak dapat nak mengundi mase hari mengundi nanti.


Pilihan Raya kat Malaysia ni boleh jadi bile – bile. Kite bukan tau pon tarikh mengundi untuk PRU 13 bile. Baik la korang daftar sekarang. (Ceh.. macam berkempen la pulak.. haha) Semangat ni dah ready untuk PRU 13 nanti insyallah. Kalau dah namenye mengundi, mesti la hukumnye wajib, jadi kewajipan mengundi ni memang terletak kat diri sendiri. Jangan pulak da elok – elok daftar, bile tiba hari mengundi, korang boleh tido kat umah pulak. Semoga undi – undi kite semua ni boleh ubah keputusan PRU yang lepas.

Mengundi tu hak kite beb. Untuk info lanjut tentang pendaftaran mengundi , kawasan mengundi atau ape je yang berkaitan dengan mengundi ni korang leh check kat Laman Web Rasmi SPR. Borang SPR online tak de lagi pulak tu. Jangan nanti berebut – rebut nak daftar bile dah lambat. Jap lagi pegi je Pejabat Pos, daftar mengundi. Pejabat Pos bukan jauh pon dari rumah korang. Betul tak ?


Undi Anda Adalah Rahsia


p/s : ramai sungguh beb kat luar sane pandai berpidato pasal politik bagai datuk bandar mashur, tapi hampeh, tak daftar mengundi lagi pon. haha. Banggenye aku dah daftar.. :p
 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook