Alahai Pak Pandir

alahaipakpandir
Salam semua. Hari ni aku nak kongsi sikit kisah - kisah lawak Pak Pandir Moden. Lawak tak lawak aku tak tau lah. Tapi pade aku memang lawak. Cume aku lupe aku dapat kat mane cerita – cerita Pak Pandir moden nih. Aku copy je balik ape yang ade dalam lappy aku nih. Kalau tak lawak jangan marah aku pulak. haha..


Kisah 1 :


Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?
Doktor : Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah otak pak cik ni lembap.
Pak Pandir : Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor : Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar
sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir : Mmmm...Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor : erkk???

******


Kisah 2 :


Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa. maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir : Bagi Big Mac satu...
Ahmad : Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir : Air...Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...
Ahmad : Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)
Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...
Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...
takder otak ker?
Nak tahu apa Pak Pandir jawab? Dengan selambanya Pak Pandir jawab begini :
Pak Pandir : Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

******


Kisah 3


Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya.
Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat duduk.
Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu.
Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?"
"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini"
Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ‘ok’ daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.
Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh tengok tiket?"
Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.
"Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"
"Ya nak" Jawab Pak Pandir.
"Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!"
Pak Pandir pun terkasima...terkejut!
"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."

******


Kisah 4 :


Satu hari Pak Pandir terbangun malam. Dia rasa nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Pak Pandir sungguh
terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup
pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu tertutup sendiri.
Cepat-cepat dia kejutkan Mak Andeh yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya
semasa kencing tadi."Abang heran lampu tu terbukak dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu".
Mak Andeh yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang
kencing dalam peti ais lagi HAH????"

******

Kisah 5 :


Pak Pandir sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya.
Usop : Ai Pak Pandir, kenapa dengan ko ni? muke sedih jer.
Pak Pandir melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung
Pak Pandir : Ntah la Usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni.
Si Usop duduk mendekati Pak Pandir ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh Pak Pandir .
Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni.
Pak Pandir : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer.
Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape?
Pak Pandir : Ntah la Usop, susah aku nak cakap.
Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la.
Pak Pandir : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi.
Usop : Haaa kena tendang lagi??
Pak Pandir : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah.
Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu?
Pak Pandir : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi sekali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!.
Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok?
Pak Pandir : Tak la Usop, susah aku nak cakap kat ko ni.
Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer?
Pak Pandir : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu.Tiba-tiba je seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang.Bile seluar aku terlondeh je, bini aku datang.Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.

******


p/s : ni jek lawak-lawak bertemakan Pak Pandir yang aku dapat share. Nanti kalau ade lawak-lawak lain aku share lagi ok :) korang pon share lah kalau ade lawak-lawak lain.



 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook