Ini Hanya Di Malaysia!

thisiswhyilovemalaysia

Sempena Kemerdekaan Malaysia ke-53 ni, lupakan sebentar isu bakar bendera di Indonesia sana jap. Hanya kita penduduk bumi bertuah; Malaysia, yang tahu kelebihan negara kita sendiri.Biar orang cemburu atau apa saja, kita tetap Malaysia Bak kate pepatah, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, adalah lebih baik di negeri sendiri. Dah 53 tahun pun Negara Malaysia kita merdeka. Kita patut bangga. Lebih-lebih lagi Malaysia ada identiti unik tersendiri. Bandingkanlah dengan negara-negara lain. Kita patut bangga. Semangat Malaysia yang tak terdapat kat mana-mana ceruk muka bumi ni. Ya. Hanya Di Malaysia.

1. Semua Orang Bersaudara
Ini fakta realiti di Malaysia. Tak kira siapa, pemandu bas ke, orang jual air ke, mekanik ke, sedar tak sedar, walaupun kita tak kenal mereka semua, kita tetap panggil, ‘Makcik, nak kuih ni seringgit ye’,’ Trima kasih Pakcik’,’ Auntie, kain ni brape ringgit?’, ‘Uncle, brentikan saye kat depan bus stop tu ye’, ‘Adik, tepi sikit, abang nak lalu’. Amacam. Betul tak? Semua rakyat Malaysia bersaudara. Itulah adik, itulah abang, itulah kakak, itulah pakcik, makcik, dan macam-macam lagilah.

2. Gaya Bersalaman
Melayu ke, Cina ke, India ke, kaum-kaum lain ke, kebanyakan mereka ni kalau salam mesti tangan kanan tu akan bawak ke dada. Tak pastilah ape maksudnye, tapi ianya pasti untuk kebanyakan penduduk Malaysia ni. Perkara ni pernah gak disebut oleh cik @Chokilala. Budaya salam macam ni cube lah korang cari kat tempat lain. Memang takde punye. Amerika?, Afrika?, Paris?, Jepun?. Semua tak ada. Malaysia jugak yang ada.

3. Makan Warung Terbuka
Kebanyakan kita pasti pilih yang ni; makan kat tempat tebuka. Walaupun restoran tu cantik mane pon, kalau ade bukak meja makan kat luar, kita mesti pilih meja makan luar. Betol tak? Tu pun kalau tak hujan lah. Walaupun sampai ketepi jalan, tak kisah lah. Janji tempat tu takde bumbung.

4. Tarik Meja
‘Sambung meja tu sini’. Budaya sambung sambung meja ni pon unik jugak. Sifat prihatin orang-orang malaysia ni memang best. Taknak sorang pon kawan yang duduk sempit-sempit. Semua tak terkecuali. Kadang-kadang sampai 5-6 meja sambung. Lebih pun ade. Tu yang seronok tu. Lagi panjang lagi meriah.

5. Dah Makan?
‘Kau dah makan belom?’ Selalu kan dengar soalan tu? Dari soalan bertanyakan khabar atau ape-ape soalan, rakyat Malaysia ni lagi mementingkan seseorang tu dah makan atau belum. Sarapan pagi selalunye mesti ade nasi lemak, roti canai, teh tarik atau kuih. Dah pasti la tu. Salah satu tu mesti ade. Kalau tak, bukan makan kat Malaysia la tu. hehe…

6. Toleransi
Sedar atau tak, Malaysia ni lah satu negara yang rakyatnya paling bertoleransi dan penyabar. Mane taknye Malaysia ni terbina dari pelbagai lapisan kaum, pelbagai budaya. Bukan satu dua kaum ada kat Malaysia nih .Banyak Dah tentu macam-macam ragam. Tapi kita masih lagi boleh hidup dalam keadaan aman harmoni. Lagi satu, tengok keadaan sekarang jap, Penduduk Indonesia sibuk bakar bendera Malaysia, tunjuk perasaan kat depan bangunan Kedutaan Malaysia, ugut-ugut rakyat Malaysia, kita kat sini buat ape? Kita takde sikit pon balas perkara yang same macamtu. Begitu penyabarnya Malaysia. Rakyat Indonesia bebas aman cari rezeki kat bumi Malaysia ni tanpa ancaman. Kecualilah pendatang tanpa permit :) .

7. Ada Diskaun?
Haha. Diskaun. Sale. Potongan harga. Murah. Tawar-menawar harga. Semua tu sinonim ngan kita. Betul tak. Kalau boleh, beli makanan kat KFC tu pon korang nak tawar harge kan? Takpe. Sume tu dah sebati ngan kita semua. Inilah yang menjadikan Malaysia ni lagi ‘Happening’. Dengan tawar-menawar tulah kadang-kadang buat kita lagi mesra dan rapat dengan orang yang kita tak kenal.

8. Sifat Ingin Tahu
Sifat yang ni kita boleh nampak senang jek. Kalau ade kemalangan ke, ape ke tepi jalan tu. Asal nampak pelik sikit jek, mesti ade org berenti tengok samapailah berkerumun. Kadang-kadang orang kereta rosak tepi jalan pon dah boleh jadi sesak jalan. Sesak bukan sebab kereta tu rosak, tapi sebab kereta-kereta lalu-lalang perlahankan kenderaan untuk tengok ape yang berlaku sebenarnye. Sifat ingin tahu rakyat Malaysia ni memang tinggi.

9. Hari Jumaat Untuk Semua
Perasan tak, hari Jumaat lah hari paling unik. Kebanyakan penjawat awam akan pakai baju mengikut budaya masing-masing, pelajar sekolah balik cepat, malam jalan dah sesak. Hari Jumaat ibarat hari kebangsaan mingguan kat Malaysia nih.

10. Bahasa Pasar
Tak kira lah bahasa apa yang dipertuturkan mesti tak lari dari ‘lah’ , ‘arr’ dan macam-acam lagi. Contohnya , ‘no lah’, ‘takde arr’, ‘cannot laa’. Banyak lagi sebenarnye. Tinggal kite perasan atau tak je.

Sumber penulisan kat atas ni dari pemerhatian aku, dari bahan bacaan, dan dari perbincangan. Tepat atau tak, tetap inilah realiti di Malaysia. Korang rase ape lagi uniknye orang-orang Malaysia ni?



 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook