Disqus Comments Kini Selari dengan Blogger

Salam. Hehe pertama kali aku muncul kat blog ini. Saja nak membuat onar. Ok bukan! Aku just nak kongsi cerita terbaru berkenaan DISQUS.
DISQUS ni merupakan servis percuma 3rd party commenting system bagi website/blog yang tidak asing lagi. Tapi sayangnya dulu comment yang dibuat menggunakan DISQUS tidak sync (selari) dengan blogger. So ramai blogger yang fikir dua tiga kali samada nak guna sistem ni atau tidak bagi menggantikan default native comment system untuk blogger yang agak menyukarkan interaksi kerana kekurangan threaded comment support. 
 native blogger comment system tanpa threaded support threaded comment dengan DISQUS
So apa sebenarnya yang aku maksudkan dengan sync dengan blogger ni? Sync yang aku maksudkan ialah semua komen yang dibuat menggunakan DISQUS akan turut serta diupdate dalam database comment blogger.com. Secara tak langsung andainya DISQUS buat hal atau korang tiba-tiba decide tak mahu menggunakan DISQUS lagi semua komen-komen yang dibuat/diterima menggunakan DISQUS akan still kekal dan dipaparkan di blog, bila korang uninstall DISQUS. Secara tidak langsung jumlah komen untuk suatu post dalam DISQUS dan blogger akan turut selari.



Sebelum ni, perkara ini memang menjadi satu dillema untuk pengguna DISQUS. Tapi beberapa hari sebelum krismes tahun lepas (aku baru tahu semalam.hehe), akhirnya team DISQUS telah mengumumkan secara official yang mereka telah berjaya meng’sync’kan komen-komen dalam DISQUS dengan sistem blogger.[DISQUS official blog, 23 Dis 09]. Dan aku yakin ini merupakan feature yang ditunggu-tunggu (mugkin bukan semua...tapi aku memang tunggu feature ni sejak dulu)
image
Dan mengaktifkannya juga amat mudah. Korang hanya perlu login dan pergi ke DISQUS comment dan lakukan seperti berikut : Klik Tools –> Import/Export –> Enable (sync your comments with blogger)
enable DISQUS sync with blogger
Syncing DISQUS masih ditahap awal so apa kekurangan yang dapat aku kenal pasti ialah proses syncing tu agak lambat. mungkin setelah seminit baru komen yang dilakukan dalam DISQUS akan diupdate ke database komen blogger. Tapi bolehla untuk permulaan dari langsung tak selari ye tak?
NOTA BEBEL:
  1. Feature Comments Luv bersama DISQUS bakal muncul. Aku ada terbaca pasal tu dalam blog official comment Luv.
  2. IntenseDebate aku tak sure dah dapat sync dengan blogger.com atau belum. Ada sape-sape guna IntenseDebate? mari share.
isu ini ada juga dibincang DISINI



 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook