Ibu...
Dulu ibu selalu marah aku. Tapi aku ni memang sah nakal. Lepas tu Ibu akan bersyarah selama mungkin dengan harapan aku akan berubah jadi budak baik. Alhamdulillah walaupun bukan lah yang terbaik, aku still dapat buat sesuatu untuk keluarga. Masa kecil-kecil kadang-kadang sampai tetidur dengar Ibu bersyarah, marahkan aku. Tapi aku tau ibu memang sayang semua anak-anak ibu. Aku ingat lagi Ibu nangis mase anak-anak ibu sakit. Sungguh kasih Ibu pada anak-anak ibu.
Ibu memang prihatin dengan aku. Setiap kali aku balik pasti Ibu masak makanan kegemaran aku. Dan semestinya masakan Ibulah yang paling sedap dalam hidup aku. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk Ibu, Ayah, dan keluarga kita.
Ibu, terima kasih tidak terhingga atas pengorbanan ibu selama ini. Aku sayang Ibu!
Kepada Puan Mursina , Selamat Hari Ibu, aku ucapkan. Entri khas untuk Ibu kali ni dan untuk semua Ibu-Ibu kat luar sana.
p/s : ini bukan sajak atau nukilan sempena hari ibu, tapi entry khas untuk ibu dan entri ini juga ditujukan kepada Ibu Kakha , Puan Rozeetah :)


Lagu-lagu khas untuk Ibu,
aeman – untukmu ibu |
sudirman – ayah dan ibu |
rabbani – ayah ibu |