Tutorial : Buat “Energetic Lines” Menggunakan Photoshop


Huh.. pening betul aku nak update ape nih. Dengan berbekalkan idea singkat aku kali ni, aku ambik je entri lame dari rolledd. Memang betul-betul kering idea nih. haha.. Jadi, kali ni aku nak kongsi sikit satu tutorial photoshop yang agak mudah dan senang untuk korang faham. Yang dah tau tu kalau ade yang nak tambah boleh la bagitau ye :). Ok. Mungkin korang pnah nampak gambar macam ni tapi tak tau nak buat camne :





Pernah nampak tak efek camni? Bagi yang belum pernah, Ni la masenye nak belajar, hehe. Senang je pon. Ni aku ade buatkan satu video. Tapi sori la sebab video ni buat tergese-gese, so bnyak la cacatnye..








Hehe.. senang je kan.. Kejap je da leh siap.. Ok.. satu-persatu aku terangkan :
1. Mule-Mule of coz la bukak Photoshop. Kat cni aku gune Adobe Kedaigambar CS3 Photoshop CS3.
2. Bukak fail imej yang korang nak edit
3. Crop comel-comel (ni pon kalau korang nak background yang lain dan berbeza dari backgroung asal)
4. Lepas da siap crop, buat satu layer baru kat bawah layer imej tadi. Fill kan layer ni ngan warne gelap (contoh : hitam)
5. Buat satu lagi layer kat atas background hitam tu td. Sekarang kite akan buat satu efek ala-ala gradient kat layer tu. Cara mudah : pilih mod berus brush pastu ubah saiz agak-agak besar sesuai dengan imej. Warna pulak sukati la. Kalau ikut video tu aku amek warne kelabu.
6. Bubuh brush td kat layer yang korang da buat. Pastu pergi kat Filter -- Blur -- Gaussian Blur dan setkan pixel = 250. Terpulang la kat korang sebenarnye. Mane yang sedap mate pandang.

7. Sekarang background da siap. Masuk la bahagian sebenar tutorial ni. Korang kne buat satu lg layer baru. Tapi kali ni kat atas layer imej korang yang awal-awal td. Senang cerite buat layer yang paling atas skali.
8. Set dulu brush :
  • Jenis brush : amek yang jenis 'hard round'.
  • Saiz sedang-sedang (contoh : 24px).
  • Warna : Putih @ mane-mane warne yang terang.


9. Dah siap set brush tadi kan. Skarang pilih mode : pen tool. Dan gunekan mode 'path'. Mode path ni maknenye segale bentuk yang korang buat gune pen tool akan betindak sebagai penanda.

10. Pastu mule la korang lukis garisan berombak kat atas imej korang tadi. Contoh dalam video tu tunjuk path dimulekan dari tangan sampai la ke kaki. Buat cantik-cantik lengkung tu. Biar lambat asal berkualiti.
11. Pastu klik kat atas line yang korang da buat tadi dan popup akan keluar. Pilih 'stroke path'. Pastu amek mode 'brush' dan tandekan kotak 'simulate pressure'.Pastu 'ok'.

12. Tadaa.. da nampak kan? ok. Line dah siap, skarang korang delete path asal dari pen tool tadi. Hit je key delete kat keyboard korang. Da hilang dah path tadi.
13. Langkah seterusnye korang kene gune eraser tool jenis hard. Saiz pulak terpulang. Aku sarankan gune saiz yang besar sket dari saiz brush yang korang set buat line tadi (rujuk kat langkah no.8)
14. Padam garisan tadi berselang-seli macam dalam video tu. Tujuannye untuk menampakkan garisan tadi macam gelung yang melilit.
15. Siap dah? Ok. Skarang klik kanan kat layer td tu dan pilih 'blending option'
16. Tandakan tab 'outer glow' --- 'color overlay'. Kat tab outer glow semestinye korang kene gune warne yang cerah. Aku just gune biru je senang. Blend mode pulak korang bleh gune 'screen'. Pastu korang ubah-ubah la 'opacity' --- 'size' glow tadi ikut kesesuaian.Untuk 'color overlay' pulak, aku amek biru lagi. Sebenarnye color overlay ni tak penting pon. Ikut korang la. Dah siap sume hit 'Ok'.

17. Dah siap. Terer kan korang. Boleh pon buat. Korang nak buat berape bnyak gelung camni ikut sukati korang la. Ikut kreativiti sendiri. Tapi pastikan la buat dalam layer yang berbeze biar mudah kalau nak ubah ape-ape nanti.
18. Sekarang masuk bahagian Scatter Bubble pulak.
19. Untuk scatter bubble ni same jek langkah-langkah die, cume ade sikit yang korang kene ubah.
20. Korang kene ubah saiz brush td jadi lebih besar dari tadi (contoh : 45px). Gune warna yang terang-terang cam kuning, biru, hijau, dll.
21. Pegi kat toolbar window kat atas tu dan pilih brushes. Kat window brush ni korang tandekan tab 'shape dynamics', 'scaterring', 'color dynamics', 'other dynamics', 'airbrush' & 'smoothing'.
  • [ni basic setting yang slalu aku gune]
  • shape dynamics : -size jitter 100%, control pen preassure
  • scaterring : -both axes, 500%, control pen preassure
  • color dynamics : - hue, saturation & brightness jitter 50%
  • other dynamics : - opacity jitter 50%, flow jitter 10%, control pen preassure

22. Pastu korang ulang blik langkan 9 sampai 14
23. Siap dah. Nak tambah pape sukati korang la.

Akhir skali tahniah sebab da bjaye blaja bende baru :) p/s: tak faham tanye jek. Insyallah aku leh tolong jawab. Sekian saje tutorial photoshop pertame ntuk blog ni ~xD
Read this article in English
 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook