RGB atau CMYK ?

Mungkin ada antara korang yg masih keliru tentang penggunaan warna yg slalu korang guna dlm design. Slalu pon korang main bedal je kan color setting dalam lappy korang yg canggih tu. Apa yg aku nak kongsikan kat sini ialah mana satu jenis warna yg korang perlu guna masa nak reka sesuatu design sebelum korang hantar print.



ok, kat sini aku perlu tau jugak korang guna software apa utk buat design. Sbb terlalu banyak sangat software yg digunakan oleh designer. Tak kesah la dlm bidang periklanan ke percetakan ke atau khidmat rekaan. Kalau aku, kerja aku memang banyak guna software photoshop, illustrator n coreldraw sbb aku kerja dlm bidang percetakan. Ada jugak kat sesetengah tempat guna Indesign lagi2 kalau design majalah atau buku2.

Jadi persoalannya sekarang, masa korang pilih utk create new document, teliti dulu tak samaada document tu dlm RGB atau CMYK? (especially bg designer mcm aku la). Perlu aku terangkan warna mana yg perlu korang pilih sbb pada aku benda ni jd masalah bila ada designer yang hantar artworks dorang kat tempat aku n nak print tp artwork tu bermasalah.

Kalau nak tau, biasanya warna RGB tu utk screen2 tv ke laptop ke, atau gambar yg d ambil dari kamera @ scan. Automatik akan jd RGB sbb semua cahaya akan dipantulkan balik ke mata. Kalau korang ingt tentang spektrum cahaya yang dipantulkan, dr cahaya putih menjadi 7 warna selepas dipantulkan macam tu la RGB. RGB ni boleh korang kata, warna penambah bagi warna putih. Sbb tu kalo kita tgk, warna RGB ni lagi cantik dan memuaskan dari CMYK.

Warna CMYK ni pulak mcm mana? Biasanya, warna CMYK ni banyak digunakan dalam percetakan melibatkan dakwat2 di atas kertas. Warna yang diserap tu pon dtgnya dari cahaya putih tp diserap ke dalam kertas. Warna yang tak diserap tu akan balik semula ke mata. Jadi kita akan nampak warna CMYK ni taklah berapa tepat merahnya, hijaunya, birunya...tp based on pada warna Cyan, Magenta, Yellow n Black. dari keempat2 warna ni akan dicampur dan menghasilkan warna2 lain.

Jadi adalah penting utk korang sebagai designer tetapkan artwork korang kepada CMYK. Jadi warna yang korang pilih akan sama sedikit dengan yang akan dicetak keluar. TAPI, perlu diingatkan lagi warna yang korang tgk kat lappy korang tak sama dengan yang dicetak tu sbb kat lappy korang RGB tp ink printer CMYK. So, utk nk dptkan warna yang sama dengan kemahuan customer mmg agak susah sbb korang perlu print beberapa sample pastu barulah korang blh nmpak warna yang customer nak...Jd, sblm nk buat artwork tu, utk langkah yang lebih selamat, beritahulah customer dlu yang warna yg dorang tgk, xkan 100% sama dgn yg keluar nanti. :)



 
email
myspace
twitter
deviantart
facebook